Zaman kanak-kanakku penuh dengan imaginasi.Bila dewasa ini kucuba realisasikan impian itu.Sebahagianya telah tertunai:memiliki sebuah kediaman di pinggir laut yang dihiasi dengan tanaman orkid.Alhamdullilah dijodohkan dengan pasangan yang memahami dengan minatku .Inilah sebahagian aktiviti pada waktu luang di teratak anggerik kami.
Saturday, December 25, 2010
Berbunga Jua Akhirnya
Walaupun hanya tujuh kudup yang keluar cukup membuat diri ini teruja untuk melihat kecantikkannya.
Inilah dia kudup bunga yang mula menampakkan diri.
Dah lama menanti saatnya berbunga.Beberapa bulan yang lalu dah nak berbunga tetapi sayangnya anak-anak main bola sampai patah tangkainya bukan satu dua..yang satu lagi my hubby secara tak seganja mematahkan tangkai tu.Kecewa sangat sebab nak tau warna dan bentuk bunganya.
Tuesday, December 21, 2010
Taman Orkid Kuala Lumpur
Pintu Masuk ke bahagian dalam taman a.k.a lobi taman gitu
Memang kecewa sangat pergi ke sana pada saat-saat akhir taman dah nak ditutup.Hajat di hati nak menambah koleksi tak tercapai kerana gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis orkid dah pun tutup.Kecewa yang teramat sangat .
Namun begitu di saat-saat akhir pun sempatlah ku abadikan gambar-gambar orkid yang menarik bagi pandanganku.Suasana orkid di taman ini selalu berubah-ubah mungkin kunjunganku yang setahun sekali kot yang dok rasa perubahan tu.....inilah sebahagian gambar orkid tersebut...
Pondok OrKiD YanG baRu
Thursday, December 2, 2010
Anggerik Merpati
Wednesday, December 1, 2010
Orkid Rimau
Subscribe to:
Posts (Atom)