Saturday, December 25, 2010

Berbunga Jua Akhirnya



Walaupun hanya tujuh kudup yang keluar cukup membuat diri ini teruja untuk melihat kecantikkannya.




Inilah dia kudup bunga yang mula menampakkan diri.



Dah lama menanti saatnya berbunga.Beberapa bulan yang lalu dah nak berbunga tetapi sayangnya anak-anak main bola sampai patah tangkainya bukan satu dua..yang satu lagi my hubby secara tak seganja mematahkan tangkai tu.Kecewa sangat sebab nak tau warna dan bentuk bunganya.

Tuesday, December 21, 2010

Taman Orkid Kuala Lumpur














Pintu Masuk ke bahagian dalam taman a.k.a lobi taman gitu









Memang kecewa sangat pergi ke sana pada saat-saat akhir taman dah nak ditutup.Hajat di hati nak menambah koleksi tak tercapai kerana gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis orkid dah pun tutup.Kecewa yang teramat sangat .
Namun begitu di saat-saat akhir pun sempatlah ku abadikan gambar-gambar orkid yang menarik bagi pandanganku.Suasana orkid di taman ini selalu berubah-ubah mungkin kunjunganku yang setahun sekali kot yang dok rasa perubahan tu.....inilah sebahagian gambar orkid tersebut...

Pondok OrKiD YanG baRu




Cadangnya nak masukkan gambar pondok orkid baru...cari punya cari gambar yang dah d snap2 tu tak tau kat mana menghilang so...Kalau terrrrrjumpa nanti kita n3 ya..biarlah lambat sikit.....

Thursday, December 2, 2010

Anggerik Merpati




Tanpa penjagaan yang rapt tapi rajin berbunga,,,lebat pulak tu.Aromanya sesuai sebagai terapi sebelum memulakan tugas.

Wednesday, December 1, 2010

Koleksi Yang Ada








Sayangnya kurang terjaga.May be tuan dia x ada mood cz pondoknya usang.

Orkid Rimau





Orkid Rimau yang di jaga dan dibelai masih jugak tak berbunga.Dah hampir 5 tahun merawatnya tiada tanda2 nak berbunga.Ada sesiapa yang ada petua merawatnya kongsi-kongsilah.
Agak-agak berapa RM sepasu orkid ni?????????????