Sebelum ini ada saya kongsikan tanaman kacang bulu dan proses menuai kacang bulu.Hasil pengkongsian itu ramai yang bertanya untuk merasainya kerana pernah makan zaman kanak-kanak. Namun jika luar Kuala Terengganu susah untuk di pasarkan kerana kebun itu kecil sahaja. Lagi pun permintaan melebihi hasil yang ada. Namun bagi yang mengindam tu saya akan cuba untuk capaikan hasrat tersebut.
Satu hari saya ada membaca khasiat dan kelebihan kacang bulu ini. Di sini saya ingin berkongsi khasiatnya dengan pembaca yang melewati blog ini.
Bagi
penggemar makanan Jepun, sudah pasti edamame adalah antara makanan yang
menjadi pilihan untuk dikudap-kudap sembil menunggu menu yang dipesan
siap dihidangkan. Edamame sebenarnya adalah
sayuran hijau yang biasanya dikenali sebagai kacang soya hijau yang
boleh ditemui di ditemui di Jepun, China, Hawaii, dan Korea. Ia dituai
pada kemuncak kematangannya sebelum mencapai waktu ‘pengerasan’.
Edamame
bermaksud 'kacang ranting', secara terperinci jika dialih-bahasakan,
'eda'=ranting dan 'mame'=kacang. Ði China, kacang soya hijau ini
dikenali sebagai maodou yang membawa maksud 'kacang berbulu'. Ði Korea,
edamame disebut kong, istilah umum yang digunakan untuk semua biji.
Edamame tergolong dalam keluarga Fabaceae.
bunga soya
kacang soya muda/hijau ~ edamame bersama ranting
kacang soya tua/matang
Ði
Asia Timur, kacang soya telah digunakan selama lebih dari dua ribu
tahun sebagai sumber utama protein. Kacang soya dikatakan ditanam di
China seawal 1200 sebelum Masihi. Semasa kurun ke-18, kacang soya telah
diperkenalkan ke Eropah. Kini kacang soya boleh didapati di seluruh
dunia.
Edamame pula sering dimakan sebagai snek, hidangan sayur,
dijadikan sup atau diproses menjadi hidangan pencuri mulut. Untuk
dijadikan snek, pod/twig atau lengai/ranting kacang soya ini akan
direbus seketika di dalam air bergaram. Apabila ia telah masak, kekacang
berwarna hijau ini perlu dikeluarkan daripada lengainya sebelum dimakan
begitu sahaja.
Edamame atau kacang soya hijau amat berbeza
daripada kacang soya yang telah matang dan keras yang berwarna kuning.
Ini kerana edamame memiliki tekstur lebih lembut dan rasa yang sedap.
Memakan edamame dengan kerap dikatakan mampu memberikan kebaikan pada
kesihatan tubuh.
Sungguh pun kacang edamame kecil, namun khasiat
dan zat yang dimilikinya amat besar. Edamame memiliki kandungan tinggi
asid lemak omega-3, serat pemakanan, protein dan karbohidrat dan juga
beberapa mineral dan vitamin seperti mangan, zink, fosforus, kalium,
magnesium, besi, kalsium, vitamin C, vitamin B1 (thiamine), vitamin B2
(riboflavin), vitamin B3 (niasin), vitamin 5 (asid pantothenic) dan
vitamin K.
edamame yang telah dikupas
Edamame
|
Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
|
|
448 kJ (107 kcal)
|
|
12 g
|
|
3 g
|
|
6 g
|
|
6 g
|
|
12 g
|
|
0.2 mg (17%)
|
|
0.3 mg (25%)
|
|
1.1 mg (7%)
|
|
0.6 mg (12%)
|
|
0.2 mg (15%)
|
|
358 μg (90%)
|
|
11.4 mg (14%)
|
|
37 μg (35%)
|
|
71 mg (7%)
|
|
2.5 mg (19%)
|
|
72 mg (20%)
|
|
1.2 mg (57%)
|
|
190 mg (27%)
|
|
569 mg (12%)
|
|
1.6 mg (17%)
|
|
|
Kebaikan
edamame kepada kesihatan juga tidak kurang hebatnya. Edamame membawa
kebaikan kepada kardiovaskular. Ðikatakan isoflavones seperti genistein
dan daidzen yang terdapat di dalam edamame dan juga produk soya yang
lain mampu membantu dalam mengurangkan tahap kolesterol.
Kelebihan
edamame kepada kardiovaskular ini boleh ditingkatkan apabila ia
dijadikan sumber protein utama di sebalik daripada mengambil daging.
Selain daripada isoflavones, edamame juga dikatakan menyediakan sejumlah
vitamin K yang signifikan dan amat baik untuk kesihatan jantung.
Sumber terbaik proteinÐisebabkan
edamame adalah sumber terbaik protein, perkara ini menjadikan ia
sebagai snek paling popular di kalangan atlet yang mengamalkan pemakanan
sayuran atau vegetarian. Ðikatakan setengah cawan edamame menawarkan 11
gram protein. Edamame juga dikatakan mengandungi ke semua sembilan
asid-asid amino baik yang tidak mampu dihasilkan oleh tubuh.
Kandungan
lemak yang terdapat dalam edamame adalah sihat untuk jantung dan
membantu merendahkan kolesterol dan juga merendahkan risiko penyakit
jantung. Edamame juga dikatakan hanya menyediakan sebanyak 125 kalori.
Ðikatakan
dengan memakan edamame sekerap boleh, ia bakal meningkatkan kesihatan
tulang. Ini disebabkan kandungan isoflavones yang terdapat di dalamnya
mengekalkan ketumpatan tulang sihat melalui dorongan kesan yang sama
terhadap estrogen pada tisu tulang. Edamame merupakan sumber kalsium
yang amat diperlukan bagi tulang yang kuat.
Serat pemakanan yang
terdapat dalam edamame dikatakan mampu membantu mengurangkan tahap
kolesterol. Serat pemakanan ini memastikan anda berasa kenyang. Perkara
ini sekaligus membantu anda mencegah amalan atau tabiat pemakanan yang
buruk. Walaupun begitu, edamame mengandungi protein yang menyebabkan
pengurangan tahap testosterone. Edamame juga dikatakan mengandungi folat
dan dikatakan boleh dipertimbangkan sebagai makanan sihat untuk wanita
mengandung dan ketika fetus sedang terbentuk.
Walaupun edamame
menawarkan khasiat dan kebaikan kepada kesihatan tubuh, namun begitu
pengambilannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan
terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak