Zaman kanak-kanakku penuh dengan imaginasi.Bila dewasa ini kucuba realisasikan impian itu.Sebahagianya telah tertunai:memiliki sebuah kediaman di pinggir laut yang dihiasi dengan tanaman orkid.Alhamdullilah dijodohkan dengan pasangan yang memahami dengan minatku .Inilah sebahagian aktiviti pada waktu luang di teratak anggerik kami.
Saturday, February 12, 2011
Seronoknya....
Memang seronok bunga kali ni tak putus2 sampai rakan tengok cemburu melihat keindahnya.Tapi kali ni memang banyak dia berbunga....13 kuntum dengan tangkai yang panjang.Kerana terlalu seronok ku abadikan keindahannya dari pelbagai sudut.Selamat menjamu mata.
Nilah butterfly dot2 dah 5 kali berbunga kali ni bunganya tak putus-putus suka sangat.Sampai My hubby suka merawatnya.Sebelum dan selepas pergi kerja.Dulu beli anak saja....dah 5tahun usianya.
Si kuning yang menawan...berbaloi-baloi menjaganya setelah 5 tahun kubelai, inilah hasilnya...bukan satu tangkai anak kecil dulu tu pun turut sama berbunga.Nanti bila dia berbunga akan n3 lagi.....Masa mula beli anak lagi panjang pun tak sampai sejengkal......
Sejak dari bulan Disember lagi tak henti-henti dia berbunga mana tak gembira .Cantikkan warnanya...orkid lebuh raya (orkid highway) pemberi teman sekerja.
Orkid ni pemberi kakak ku...kat umah dia memang banyak dan jenis suka berbunga.Tangkainya panjang2 ada yang kembang 30 kuntum...tapi kat rumah ni tak panjang mana pun....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment