Saturday, February 12, 2011

Seronoknya....



Memang seronok bunga kali ni tak putus2 sampai rakan tengok cemburu melihat keindahnya.Tapi kali ni memang banyak dia berbunga....13 kuntum dengan tangkai yang panjang.Kerana terlalu seronok ku abadikan keindahannya dari pelbagai sudut.Selamat menjamu mata.



Nilah butterfly dot2 dah 5 kali berbunga kali ni bunganya tak putus-putus suka sangat.Sampai My hubby suka merawatnya.Sebelum dan selepas pergi kerja.Dulu beli anak saja....dah 5tahun usianya.



Si kuning yang menawan...berbaloi-baloi menjaganya setelah 5 tahun kubelai, inilah hasilnya...bukan satu tangkai anak kecil dulu tu pun turut sama berbunga.Nanti bila dia berbunga akan n3 lagi.....Masa mula beli anak lagi panjang pun tak sampai sejengkal......



Sejak dari bulan Disember lagi tak henti-henti dia berbunga mana tak gembira .Cantikkan warnanya...orkid lebuh raya (orkid highway) pemberi teman sekerja.



Orkid ni pemberi kakak ku...kat umah dia memang banyak dan jenis suka berbunga.Tangkainya panjang2 ada yang kembang 30 kuntum...tapi kat rumah ni tak panjang mana pun....

Koleksi Baru dari TEMAN



Koleksi ni beli kat TEMAN(Terminal Makan Negara- Gopeng) sebelum balik Terengganu sarapan kat sana ...kebetulan yg mengembirakan.Dapat lampu hijau dari hubby so apa lagi peluang2 biar sarat dalam bonet tu....Harganya RM25 aje....berbanding di Terengganu kat pasar taninya RM38