Wednesday, September 19, 2012

Bunga Kesidang


Nama Tempatan:Kesidang
Nama Saintifik:vallaris glabra
Nama Lain:Bunga kerak nasi, bunga tikam seladang, bread flower.
Famili:Apocynaceae
Lokasi dijumpai:tumbuhan dihalaman
Asal:Pulau Jawa

Pokok kesidang atau dikenali juga dengan nama pokok bunga kerak nasi di bahagian utara semenanjung Malaysia atau bunga tikam seladang di pantai Timur merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Apocynaceae. Ia juga dikenali dengan nama bread flower di Negara-negara barat. Tumbuhan yang dipercayai berasal dari kepulauan jawa ini merupakan sejenis tumbuhan memanjang dengan batangnya yang kecil tapi berkayu dan keras serta mudah lentur. Sifat batangnya yang mengemabang pada bahagian hujungnya menyebabkan ia menjadi pilihan sebagai tanaman untuk menghias junjung atau pergola di taman. Walaupun ia juga boleh sentiasa dipangkas untuk membentuk pohon renek yang merimbun. Kulit batang dan daun  kesidang mempunyai getah yang berwarna putih.

Pokok kesidang atau nama botaninya vallaris glabra ini ditanam kerana bunganya. Bunganya yang berwarna putih mempunyai saiznya kecil dan menerbitkan bau wangi yang seakan-akan bau daun pandan. Ia juga dipanggil bunga kerak nasi bukan hanya kerana warnanya yang putih dan bentuk jambak bunganya yang seakan-akan kerak nasi, tetapi kerana baunya juga. Baunya jika diamati seolah-olah menyerupai bau nasi. Satu kajian dilakukan oleh sebuah Universiti di Chieng Mai Thailand untuk menngenalpasti bau nasi yang terdapat pada bunga kesidang.  Bunga yang kecil ini tersusun membentuk jambak bunga. Baunya yang harum semerbak ini menyebabkan ia juga digunakan seagai ramuan untuk membuat bunga rampai setelah dicampur dengan baha-bahan lain seperti daun pandan dan bunga-bunga wangi yang lain. Masyarakat melayu tradisional juga menjadikan bunga kesidang sebagai hiasan rambut anak-anak gadis dan wanita. Ia juga dijadikan hiasan alat-alat istiadat seperti tepak sirih. Bunga kesidang melambangkan tanda hormat bagi masyarakat melayu. Ia juga melambangkan kesopanan dan sikap lemah lemut orang melayu. Kerana itu juga Ia telah dijadikan bunga rasmi bagi Negeri Melaka yang terkenal dengan ketinggian adat istiadat dan budaya.

Tambahan pula dengan kehadiran bunga kesidang yang wangi ini taman anda akan sentiasa meriah dengan kunjungan rama-rama dan burung kelicap yang menggemari bunga ini.

Pembiakan pokok kesidang
Kebanyakan tumbuhan jenis memanjat selalunya dibiakkan dengan kaedah tut walaupun sesetengahnya juga mudah tumbuh melalui keratan batang dan percambahan biji benih. Pokok kesidang juga boleh dibiakkan dengan kaedah tut dan keratan batang.Satu kaedah lagi yang digunakan ialah dengan melenturkan batang pokok ini hingga menyentuh tanah. Batang ini kemudiannya ditindih dengan menggunakan benda berat, contohnya batu-bata dan dibiarkan hingga akarnya tumbuh.Setelah akar tumbuh, bahagian yang telah  bercambah ini boleh dipotong dan ditanam ditempat lain. Kaedah ini di namakan ‘layering’ dan merupakan kaedah paling mudah untuk membiakkan tumbuhan memanjat.

Penjagaan
Pokok kesidang tergolong dalam kategori tumbuhan yang mudah dijaga dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi.Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk menghasilkan pengeluaran bunga yang optimum. Walaupun begitu , ia tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu terik sehingga daunnya menjadi kemerah-merahan. Ia Paling sesuai ditanam ditempat yang mendapat lebih kurang 50% cahaya matahari.
Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram dua kali sehari pada hari-hari yang panas terik.Ia memerlukan medium yang memberikan saliran yang baik.

Berikan baja bunga dua minggu sekali untuk memastikan ia mendapat segala keperluan untuk bunganya. Pangkas bahagian yang berbunga setelah bunganya layu untuk memastikan tunas baru yang mampu menerbitkan bunga baru tumbuh. Berikan sokongan kepadanya dalam bentuk para atau pergola untuk mengangga batangnya jika anda mengambil keputusan menjadikannya pokok memanjat. Jika tidak pastikan pemangkasan sentiasa dilakukan supaya ia dapat menjadi pokok kecil yang rendang dan rimbun.

kegunaan:

Ia Digunakan sebagai bahan untuk membuat bunga rampai dan hiasan rambut.

No comments:

Post a Comment