Tuesday, March 15, 2011

Penjagaan orkid (part 2)

CARA PENJAGAAN ORKID
Elemen-elemen penting untuk mendapatkan orkid yang hidup subur, sihat dan seterusnya memberikan anda kepuasan melihat bunganya. 4 elemen yang dibincangkan nanti adalah perkongsian maklumat sesama penanam orkid berdasarkan cuaca iklim tropika di Malaysia. Penjagaan seperti penyiraman dilakukan secara automatik pada hari bekerja. Pada hari cuti hujung minggu,siraman secara manual, pemeriksaan penyakit, pembajaan dan pembiakan jika perlu.

‘ROOT GOOD, GROWTH GOOD, FLOWER GOOD’

Kata-kata di atas adalah satu lagi petua yang amat bagus untuk anda ingat di dalam penjagaan orkid. Setiap pokok baru di tanam atau pemindahan pasu , perlu perhatian lebih di dalam usaha untuk memberi pertumbuhan akar baru dengan baik dan sihat.

1. Penyiraman
Jika anda ragu ragu untuk menyiram, JANGAN SIRAM !

Di atas adalah satu petua yang popular dan dijadikan panduan oleh penanam orkid. Ini kerana dibimbangi anda telah melakukan penyiraman yang melampau terhadap koleksi orkid anda. Kesan buruk tabiat ini ialah anda ‘menjemput’ penyakit kepada kleksi orkid anda. Ini kerana orkid mampu menyimpan air di dalam bebawangnya seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Orkid juga mempunyai akar udara yang mampu menyerap wap air di persekitaran hidupnya. Walaupun begitu kadar penyiraman orkid bergantung kepada beberapa faktor seperti:

a. Cuaca semasa

Kadar kekerapan penyiraman di musim panas sudah tentunya lebih berbanding di musim hujan.

b. Media tanaman digunakan

Jika anda menggunakan media yang dapat menyimpan air lebih lama, maka kadar penyiraman hendaklah kurang daripada media yang cepat kering.

c. Iklim mikro

Bermaksud adalah iklim kawasan penanaman anda. Ini kerana iklim mikro adalah berbeza beza di antara anda dengan penanam orkid yang lain.

Penyiraman hendaklah dilakukan sebaik baiknya pada waktu pagi atau petang. Penyiraman di waktu tengahari akan menyebabkan air yang bertakung di celah daun akan menyebabkan penyakit reput pucuk dan daun melecur dek proses pemanasan air oleh matahari.

Teknik penyiraman boleh digunakan secara manual atau memasang satu sistem penyiraman automatik yang mudah seperti penulis gunakan.

2 . Pengudaraan
Orkid memerlukan pengudaraan yang baik supaya tidak mudah di serang penyakit terutamanya penyakit yang disebabkan bawaan kulat. Pengudaraan yang baik boleh diberi dengan susun atur orkid yang tidak terlalu padat atau membekal pengudaraan buatan seperti memasang kipas..

3. Pembajaan
Pembajaan adala sesuatu yang mesti diberi kepada tanaman termasuk orkid untuk mendapatkan kualiti hidup orkid yang lebih baik. Bagaiman teknik membaja orkid?

‘WEAKLY, WEEKLY‘

Di atas adalah satu lagi petua yang bagus di jadikan panduan untuk anda membaja orkid. Ia membawa maksud anda menggunakan sukatan kepekatan baja yang rendah untuk setiap minggu semburan. Orkid hanya menyerap nutrien yang diperlukan sahaja pada sesuatu ketika. Jangan menggunakan kepekatan tinggi dan disembur sebulan sekali. Ini adalah teknik yang salah dan merugikan anda.

a) Panduan memilih baja
Penerangan unsur unsur di dalam baja bagi keperluan tanaman adalah kompleks. Pemilihan baja bergantung kepada kehendak anda. Dipasaran terdapat pelbagai jenis baja yang dijual untuk pilihan pengguna. Jika inginkan tumbesaran pokok anda perlukan baja yang mengandungi kadar nitrogen (N) yang lebih tinggi. Jika untuk pembungaan, anda perlukan baja yang kandungan fosforus(P) dan kalium(K) yang lebih tinggi.

Biasanya pada label baja akan tertera semua kandungan ketiga-tiga unsur tersebut.

Contoh: Baja A : N P K +TE : 13 27 27 1%

Untuk Baja A tersebut, ia sesuai untuk pembungaan orkid anda kerana mengandungi unsur nitrogen 13 % dan unsur fosforus dan kalium sebanyak 27%. +TE di sini bermaksud baja ini mempunyai ‘trace element’ atau unsur surih sebanyak 1%. Unsur surih bermaksud nutrien tambahan yang diperlukan oleh tanaman tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Ia boleh diumpamakan seperti anda makan nasi dengan aneka lauk pauk. Nasi adalah keperluan utama anda, lauk pauk ada keperluan sampingan sahaja.

Baja organik ‘B’GREEN seaweed’ untuk memberi pertumbuhan yang sihat dan ‘B’GREEN bloom & fruit’ untuk membekal nutrien yang diperlukan untuk orkid berbunga.

B’GREEN seaweed adalah baja organik campuran yang diperkaya dengan seaweed yang mana ia telah digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai baja kerana mengandungi beberapa hormon semulajadi yang amat diperlukan oleh tumbuhan, mengandungi 60 unsur surih(TE) dan mengandungi elemen sebagai anti beberapa penyakit bawaan kulat dan serangga penghisap cecair tumbuhan.

B’GREEN bloom & fruit adalah campuran baja bukan organik N P K +TE : 5 35 15 2% dengan satu bahan organik bertujuan untuk mempermudahkan dan mempercepatkan kadar penyerapan nutrien oleh tumbuhan.

No comments:

Post a Comment